Rabu, 5 September 2012

BAHAGIAN KETIGA

Penempatan Semula Setinggan di atas lot PT 9053 HSD 72089









Surat ini tidak mendapat sebarang reaksi jawapan dari pihak Majlis Perbandaran Selayang sehingga kini.








BAHAGIAN KEDUA :

Tuntutan keatas tanah beralamat no 8. Kampung Selayang Tin, Batu Caves, Selangor.


Surat carian pejabat tanah. Inilah satu bukti usaha yang telah sekian lama diusahakan oleh arwah ibu dan bapa saya terhadap tanah ini. Semasa semakan dibuat di pejabat tanah, status tanah adalah tiada pemilik.


Status tanah pada carian 2009. Status tanah masih lagi kosong.



Tinggal Kenangan.......Inilah rumah kediaman yang telah dirobohkan oleh pihak MPS. Di tanah inilah aku dan keluargaku membesar sejak sebelum zaman merdeka lagi.





Gambar Kenangan..... Bekas seorang anggota polis yang telah berkhidmat di era kemerdekaan menentang pengganas komunis demi keamanan negara tercinta. Hari ini anak-anaknya telah dinafikan hak ke atas tanah yang telah didudukinya sejak sekian lama. Apakah alasannya...???






Surat pengesahan kerja sebagai bekas anggota polis.





Sijil pengkebumian arwah ibu dan bapa





Durian vs mentimun. Kerana MPS ada kuasa, maka kami rakyat biasa telah ditindas dengan sewenang-wenangnya. Macam komunis...


















Sekarang tanah ini telah menjadi milik pemaju perumahan yang telah mendirikan bangunan kediaman berupa blok-blok apartmen bernilai puluhan juta ringgit. Sedangkan permohonan saya sebagai seorang yang telah menduduki tanah tersebut sejak sekian lama telah diketepikan oleh MPS. Akibatnya kami sekeluarga telah menumpang tanah kerajaan di atas longkang...






Ahad, 2 September 2012

Pengenalan



Surat Permohonan

Surat jawapan bagi permohonan tapak kedai kopi. Hakikatnya adakah patut MPS mendirikan 4 lot kedai di atas tanah yang sama?


Di tanah inilah MPS telah membina 4 lot kedai. Saya rasa teraniaya oleh alasan yang diberikan oleh pihak MPS.

 
Permohonan saya telah mendapat sokongan dari YB Dato' Subahan Kamal, ADUN Taman Templer.


Surat Sokongan Lanjutan oleh YB Dato' Subahan Kamal.




Surat maklum balas berkenaan permohonan. Tiada jawapan yang diberikan oleh MPS terhadap status premis dan sebab keluarkan lesen perniagaan.









Memandangkan lesen perniagaan tersebut masih aktif, maka saya mahu menuntut hak saya ke atas tanah tersebut. Saya kecewa kerana setelah empat kali membuat permohonan, permohonan saya telah ditolak. Alasan yang diberi ialah tanah tersebut adalah rezab jalan. Persoalannya ialah mengapa MPS pula yang membina empat lot kedai diatas tanah tersebut? Pada masa yang sama, saya masih lagi membayar lesen perniagaan untuk premis yang telah tidak wujud...!!!

Selepas Kedai Kopi Dirobohkan

Surat sokongan daripada ADUN Templer yang diajukan kepada YDP Bakarudin telah dibakulsampahkan.
Beliau telah didakwa atas tuduhan rasuah.

Gambar Kedai Kopi




Kedai Kopi

Pendaftaran Perniagaan Kedai Kopi sejak 1979. Alamat :  31H Kedai Kopi,Simpang Selayang, Jalan Ipoh Lama.



Surat Penghulu Kepada Pejabat Tanah Gombak. Tarikh : 24-5-83


Surat Sokongan Dari YB Dato' Subahan Kamal, ADUN Taman Templer