Rabu, 5 September 2012

BAHAGIAN KEDUA :

Tuntutan keatas tanah beralamat no 8. Kampung Selayang Tin, Batu Caves, Selangor.


Surat carian pejabat tanah. Inilah satu bukti usaha yang telah sekian lama diusahakan oleh arwah ibu dan bapa saya terhadap tanah ini. Semasa semakan dibuat di pejabat tanah, status tanah adalah tiada pemilik.


Status tanah pada carian 2009. Status tanah masih lagi kosong.



Tinggal Kenangan.......Inilah rumah kediaman yang telah dirobohkan oleh pihak MPS. Di tanah inilah aku dan keluargaku membesar sejak sebelum zaman merdeka lagi.





Gambar Kenangan..... Bekas seorang anggota polis yang telah berkhidmat di era kemerdekaan menentang pengganas komunis demi keamanan negara tercinta. Hari ini anak-anaknya telah dinafikan hak ke atas tanah yang telah didudukinya sejak sekian lama. Apakah alasannya...???






Surat pengesahan kerja sebagai bekas anggota polis.





Sijil pengkebumian arwah ibu dan bapa





Durian vs mentimun. Kerana MPS ada kuasa, maka kami rakyat biasa telah ditindas dengan sewenang-wenangnya. Macam komunis...


















Sekarang tanah ini telah menjadi milik pemaju perumahan yang telah mendirikan bangunan kediaman berupa blok-blok apartmen bernilai puluhan juta ringgit. Sedangkan permohonan saya sebagai seorang yang telah menduduki tanah tersebut sejak sekian lama telah diketepikan oleh MPS. Akibatnya kami sekeluarga telah menumpang tanah kerajaan di atas longkang...






Tiada ulasan:

Catat Ulasan